Hamzah Brahim mengajak pengundi sama-sama bantu majukan Stakan

Hamzah Brahim mengajak pengundi sama-sama bantu majukan Stakan

KOTA SAMARAHAN: Berpegang kepada prinsip ‘sama-sama bantu’, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim mengajak rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan bekerja bersamanya dalam memajukan lagi kawasan itu.

Beliau berkata, penduduk di kawasan berkenaan mempunyai latar belakang pelbagai kaum dan agama.

“Tidak kira orang Melayu, Cina, Iban dan sebagainya kita semua mesti sama-sama membantu dalam apa jua perkara yang ditekankan kepimpinan GPS.

“Dalam prinsip sama-sama bantu ini kita akan pastikan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat tidak dipinggirkan,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Dewan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR),di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri( PRN) Sarawak Ke-12 ini, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof itu yang juga calon baharu di DUN Stakan ditentang Leslie Ting mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), Atet Dego Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan George Young Si Ricord Junior Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Mengulas lanjut, katanya, kepemimpinan GPS yang diterajui Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sudah membuktikan parti itu adalah parti yang terbaik untuk Sarawak berbanding parti yang lain.

“GPS hanya pilihan untuk warga Stakan, saya yakin pada 18 Disember nanti kemenangan akan berpihak kepada GPS.

“GPS adalah wilayah Stakan dan Stakan adalah wilayah GPS,” katanya dan menambah pengalaman sebagai seorang Setiausaha Politik menjadi landasan asas untuk berkhidmat kepada rakyat. BH

Hamzah Brahim mengajak pengundi sama-sama bantu majukan Stakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker