Polis siasat Zawawi berkenaan isu Injil, kata KPN

Rasanya kenyataan Zawawi mengenai Injil di dalam parlimen, boleh disiasatkah? Lebih baik cepat tangkap Jho Low.

Berikut daripada Mkini.

Polis telah memulakan siasatan terhadap Anggota Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataannya berkenaan kitab Injil.

Siasatan dibuka susulan sejumlah laporan polis dibuat terhadap anggota Parlimen PAS itu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata keterangan saksi telah diambil.

“Kita buka kertas siasatan sebab ada laporan polis dibuat di Sarawak…Keterangan saksi telah dirakam.

“Sekarang kita tunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung media yang digunakan untuk menularkan isu itu,” katanya kepada pemberita dalam satu acara di Kuala Lumpur hari ini.

Hamid berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) selepas siasatan selesai.

Kalau anda terlepas…

Zahid saran Seri Perdana dinaik taraf macam Rumah Putih
Kes Khairuddin: Lebih 10 disoal siasat

Ditanya berkenaan siasatan kes pelanggaran kuarantin oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali, Hamid berkata siasatan telah selesai.

Katanya, seramai 10 saksi telah diambil keterangan dengan keterangan terakhir diambil semalam (8 September).

“Saksi terakhir telah pun dirakam percakapannya. Mungkin kertas siasatan diserahkan kepada AGC esok. AGC akan meneliti bukti dan kenyataan dalam fail siasatan untuk (memutuskan) keputusan selanjutnya,” katanya lagi.

Related Articles

One Comment

  1. Exco Alam Sekitar & mana pihak yg bertanggung jawab mengurus sumber air negeti semesti d hadapkan dgn pertuduhan kecuian tugas & penyiksaan terhadao manusia..
    Mungkin ada unsur rasuah & sebagainya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker