Pemandu Lori Alam Flora Mabuk Rempuh MPV di BHP Taman Midah [Video]

Satu video viral yang baru dikongsikan sebentar tadi memaparkan satu kemalangan yang yang melibatkan sebuah lori milik Syarikat Alam Flora dan juga sebuah kenderaan MPV berwarna hitam.

Ketika kejadian lori berkenaan dikatakan dipandu laju sebelum terbabas ke bahu jalan terus memasuki Stesen Minyak dan merempuh MPV berkenaan.

Kejadian yang berlaku di BHP Taman Midah berkenaan telah dirakamkan oleh orang awam yang juga kebetulan mahu mengisi minyak disana.

Pemandu Alam Flora berkenaan dipercayai mabuk dan hilang kawalan. Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku namun MPV berkenaan mengalami kerosakkan teruk

Berita lanjut menyusul.

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker