Muhyiddin adalah Penyelamat Negara (PN), kata Hamzah

Share

Kerajaan PN yang ditubuhkan pada Mac lalu bukan sekadar gabungan atas nama Perikatan Nasional, malah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin melihatnya sebagai “penyelamat negara.”

Berucap pada majlis himpunan Perikatan Nasional Sabah malam tadi, Hamzah yang mewakili Bersatu berkata, maksud penyelamat negara itu dapat diterjemah apabila Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ‘menyelamatkan negara’ ketika Malaysia dilanda wabak Covid-19.

“P’ itu penyelamat, ’N’ itu adalah negara. Penyelamat negara adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekarang ini memimpin kita sebagai perdana menteri.


“Kalau ada penyelamat, Insya-Allah dengan keikhlasannya, dengan kejujurannya kita dapat menangani pandemik Covid-19.

“Dengan adanya sokongan daripada menteri-menteri, tak kira daripada Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak, kita berjaya,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu. Mkini

Leave a Reply