Ketua polis letak jawatan

NEW YORK – Ketua polis di bandar raya Rochester meletakkan jawatan semalam beberapa hari selepas berlakunya tunjuk perasaan berhubung kematian seorang lelaki berkulit hitam.

Dalam satu kenyataan, ketua polis itu, La’Ron Singletary berkata, dakwaan bahawa beliau kurang daya usaha dalam kejadian itu dan cuba melindungi kes tersebut merupakan satu kesilapan moral dan mengkritik tindakannya itu dipolitikkan.

“Sebagai seorang lelaki yang berintegriti, saya tidak hanya duduk sahaja sedangkan di luar sana terdapat entiti yang cuba untuk merosakkan karakter saya,” katanya yang merupakan seorang lelaki berkulit hitam.

Lagi anarki polis, perusuh di Amerika Syarikat

Singletary, 40, dilantik menjadi ketua polis Rochester pada April 2019.

Beliau menghabiskan masa selama 20 tahun dalam pasukan polis sebelum meletakkan jawatan semalam.

Dalam pada itu, kematian lelaki kulit hitam itu, Daniel Prude berlaku pada bulan Mac lalu.

Namun, dalam kejadian ditahan polis itu, kepala Prude, 41, diserkup dengan sejenis kain bagi mengelakkan dia meludah dan dipaksa meniarap di atas jalan raya tetapi keluarga serta beberapa aktivis hanya mendedahkan kematiannya pada Rabu minggu lalu.

Berdasarkan satu rakaman video, ketika ditahan, dia yang mengalami masalah psikosis iaitu penyakit berkaitan mental dilihat tidak bersenjata dan berada dalam keadaan bogel.

Polis yang bertindak atas satu aduan terhadapnya mengarahkannya duduk di atas jalan raya tetapi selepas digari kelakuannya menjadi lebih kasar.

Pegawai polis kemudian meletakkan penutup kepala itu kerana dia didakwa dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19) dan memaksanya meniarap yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Dia meninggal dunia seminggu kemudian apabila mesin sokongan hayatnya telah ditutup. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker