CyberSecurity rekod 5,697 kes penipuan

Share

SEJUMLAH 7,765 insiden dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan laporan penipuan merekodkan bilangan tertinggi pada 5,697 kes.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, badan kawal selia itu menjangkakan angka itu akan mengatasi rekod tahun lalu iaitu 10,772 menjelang akhir tahun lalu.

“Melalui Pusat Bantuan Cyber999, kami mendapati bilangan kes tertinggi direkodkan pada April lalu iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa itu, ramai orang terpaksa bekerja dari rumah dan beli-belah dalam talian.


“Pendedahan kepada keselamatan siber adalah satu masalah yang kami perlu berurusan khususnya selepas ramai pihak menerima norma baharu berikutan Covid-19,” katanya selepas pelancaran Pusat Operasi Keselamatan Generasi Akan Datang sebagai Satu Perkhidmatan (SOCaaS) HeiTech Padu di sini, semalam.

DR Amirudin (kiri) bertukar memorandum persefahaman bersama Naib Presiden Eksekutif HeiTech padu Berhad Abdul Halim Md Lassim selepas perasmian Nex Gen SOC di Menara Cyber Axis, semalam.

Dr Amirudin berkata, selain penipuan, kejadian pencerobohan atau penggodaman berada pada tempat kedua dalam tempoh berkenaan pada 933 kes, diikuti gangguan siber (409) dan kod berniat jahat (351).

Berdasarkan trend semasa, kes ini dijangka akan meningkat antara 11,000 dan 12,000.


“Memandangkan hampir kebanyakan orang berada dalam talian hari ini, penjenayah siber cuba untuk mendapatkan wang melalui komplot atau skim penipuan, ” katanya.-HM

Leave a Reply