Covid-19: 24 kes baharu hari ini
Sebanyak 24 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala 7 pesakit sembuh hari ini.
Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 7 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 4 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,583 kes Covid-19 dengan 9,143 daripadanya sudah sembuh.
Ketika ini, 312 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.
Beliau berkata, penularan dalam negara mencatat 18 kes dan 6 import. FMT
Zon merah meningkat kepada tiga dan yang terbaharu Kota Setar di Kedah sertaTawau di Sabah.
Sebelum ini, hanya Lahad Datu dalam kategori zon merah.
7 negeri zon hijau – Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, WP, Perak dan terbaharu Perlis.