SPRM siasat kes Sungai Gong tercemar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan dua siasatan berasingan berhubung isu pencemaran sungai dan pencerobohan tanah.

Siasatan itu masing-masing berkaitan isu pencemaran Sungai Gong, Rawang dan pencerobohan tanah kerajaan Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

SPRM dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan siasatan ke atas isu pencemaran Sungai Gong itu bertujuan meneliti unsur rasuah membabitkan mana-mana pihak, termasuk agensi penguat kuasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan SPRM,” katanya.

Mengenai siasatan pencerobohan tanah kerajaan Pahang, SPRM memaklumkan, badan itu sedang mengumpul maklumat dan meneliti  beberapa dokumen berkaitan daripada pihak berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub diminta melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan.

“SPRM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker