Program PERINTIS memastikan vendor kekal beroperasi – Wan Junaidi

Program PERINTIS adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan vendor-vendor dapat terus beroperasi dan kekal mampan dalam perniagaan, kata Wan Junaidi.

Dengan ini jelas beliau, syarikat-syarikat vendor berupaya untuk terus menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja sedia ada dan membuka peluang pekerjaan baharu.

“PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.

“Pihak kerajaan menyambut baik inisiatif ini dalam usaha kita memperkasa para vendor,” katanya.

Sementara itu, Program PERINTIS memberikan lebih kemudahan kepada para vendor TM menerusi pelbagai kemudahan kewangan dan perundingan kewangan.

Di bawah program ini, vendor-vendor TM akan menikmati pakej-pakej pembiayaan yang komprehensif merangkumi kesemua peringkat dan saiz perniagaan termasuk mereka yang mempunyai sub-kontraktor dengan nilai pembiayaan sehingga RM10 juta bergantung kepada jumlah kontrak yang diperolehi daripada TM.

Tawaran berkenaan bermula daripada peringkat persediaan peralatan dan keperluan untuk memperolehi kontrak daripada TM.

Proses pengeluaran (disbursement) akan turut dipercepatkan bagi memastikan para vendor berkenaan berdaya maju dan mampu untuk menjalankan perniagaan.

Selain itu, program ini menawarkan kelulusan pinjaman yang pantas, direalisasikan menerusi kerjasama antara institusi- institusi kewangan dan penjamin kredit yang bertindak sebagai penjamin berdasarkan Kriteria Penerimaan Risiko dan Kriteria Kelayakan yang dipersetujui dengan institusi kewangan yang terlibat.

“Perintis menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel dan komprehensif ke arah pembinaan kapasiti dan keupayaan vendor kami dan program ini memberikan lebih kemudahan kepada vendor TM menerusi pelbagai kemudahan kewangan dan perundingan kewangan.

“Nilai pembiayaan sehingga RM10 juta disediakan dan ia bergantung kepada jumlah kontrak yang diperoleh daripada TM dan kadar faedah pembiayaan ditawarkan juga kompetitif iaitu antara tiga hingga empat peratus setahun,”

Beliau berkata denikian selepas majlis Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Telekom Malaysia (TM) dan 14 institusi kewangan terpilih untuk melaksanakan Program Pembiayaan Vendor TM yang dikenali sebagai PERINTIS.

Turut hadir Pengerusi TM, Tan Sri Mohd Bakke Salleh. MGHM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker