360 kematian Covid-19 hari ini, tertinggi

360 kematian Covid-19 hari ini, tertinggi

Sebanyak 360 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia bilangan tertinggi pernah dicatatkan negara sepanjang penularan pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini sudah mencecah 10,749 kes.

Menurut beliau, kematian tertinggi dicatatkan di negeri Selangor iaitu melibatkan 221 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 41 kes manakala 20 kes di Melaka, 17 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang, 14 kes di Johor, tujuh (7) kes di Kedah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing lima (5) kes di Sabah dan Terengganu, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya, serta satu (1) kes di Kelantan.

Mengulas lanjut Dr. Noor Hisham berkata, jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) turut meningkat iaitu sebanyak 1,095 kes dengan 571 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 17,055 kes sembuh dicatatkan hari ini dengan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,026,398 kes, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu sebanyak 18,688 kes positif harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu 19,257 kes.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 1,262,540 kes.

Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,565 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,833 kes, Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140).

Kelantan pula mencatatkan 870 kes baharu, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua).

360 kematian Covid-19 hari ini, tertinggi

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker