Manipulasi Isu Amalan Biasa Wakil Rakyat Dap, Bidas Zahidi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sikap Ahli Parlimen Segambut dari Dap, Hannah Yeoh yang menunding jari seolah-olah beliau melakukan buli siber adalah sangat semberono dan cubaan mencari politik murahan.

“Saya fikir ini juga merupakan budaya politik yang jijik dan tidak waras Dap mengambil kesempatan membakar emosi secara ‘mislead’ rakyat bagi meraih keuntungan politik.

“Dap perlu berhenti menjadikan cara ini sebagai kelaziman budaya politik mereka,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ulas Zahidi lagi, berita Malaysiakini bertajuk “Hannah bidas timb menteri ‘buli siber’ Veveonah” adalah sangat tidak tepat dan berniat jahat untuk memanipulasi fakta dan kronologi isu kontroversi tersebut.

“Tidak pernah dalam mana-mana keadaan saya menegakkan ‘benang basah’ atau cuba memberi gambaran negatif kepada Veveonah Mosibin seperti yang cuba digambarkan oleh Hannah.

“Semalam juga saya telah membuat sidang media bagi menerangkan kesalahan fakta tersebut kerana mendapat maklumat daripada Ahli Parlimen kawasan Veveonah.

“Tidak pernah dalam mana-mana keadaan selepas kekhilafan di Dewan Negara yang menunjukkan saya menunding jari kepada Veveonah,” katanya lagi.

Malahan jelas Zahidi dalam sidang media tersebut, beliau menyatakan akan berjumpa Veveonah untuk mendengar sendiri pandangan beliau dan menyelesaikan kontroversi ini. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker