Al-Fatihah : Air mata keluarga & rakan iringi jenazah, anggota tentera selamat dikebumi

Jenazah anggota tentera, Abdul Aziz Aznam yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor selamat dikebumikan.

Menurut laporan Sinar Harian, Allahyarham yang berusia 20 tahun itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Ipoh pada jam 2.30 pagi hari ini.

Pengebumian tersebut mengikut istiadat ketenteraan dengan diiringi Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu Pahat, Johor.

Lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, kenalan terdekat dan rakan sepasukan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, arwah menghembuskan nafas terakhir petang Ahad lalu selepas sembilan hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kecederaan parah.

Malah pihak polis juga sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berikutan dakwaan keluarga bahawa si mati berkemungkinan dibuli ketika di dalam kem.

Sumber : Sinar Harian (Normawati Adnan)

Al-Fatihah untuk Arwah Abdul Aziz Aznam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker