Senarai negara yang disekat masuk ke Malaysia

Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan lebih 150,000 kes positif Covid-19 memasuki Malaysia bermula hari ini.

Antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom, Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain 3 negara yang diumumkan Selasa lalu, iaitu India, Indonesia serta Filipina.

Berikut adalah senarai negara-negara yang disekat masuk seperti dikeluarkan Jabatan Imigresen Malayisa.

Senarai akan tambah lagi (senarai negara) jika ada negara yang dianggap berisiko tinggi.

Kecuali jika kes melibatkan kecemasan atau urusan berkaitan hubungan 2 negara. Bagaimanapun, ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen.

Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih lanjut senarai negara yang merekodkan lebih 150,000 kes positif Covid-19.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker