Pondok bas Mira Filzah jadi bualan hangat

ALOR GAJAH – Perkahwinan aktres Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar jadi bualan hangat netizen di laman sosial Malaysia sehingga kini.

Manakan tidak, ramai peminat ‘patah hati’ termasuk seorang netizen yang kononnya kecewa tidak berjaya menawan hati pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu.

Pemilik akaun Facebook, Zainal Abu Bakar malah berharap Kerajaan Negeri Melaka khusus Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menukarkan papan tanda pada pondok bas yang pernah artis jelitawan itu merakam gambar tahun lalu daripada ‘Mira Filzah Was Here’ kepada ‘Mira Filzah Is Married’.

“Sedih hati ini bila terpandangkan pondok bas ini. Hati pun punah ranah.

“Setidak-tidaknya boleh tukarkan papan tanda itu kepada Wan Maimunah Was Here kerana saya pernah turunkan ibu Wan Maimunah di sini,” tulisnya.

Sebelum ini, pondok menunggu bas di Alor Gajah yang pernah tular awal tahun lalu gara-gara Mira Filzah berkongsi gambarnya ketika berada di lokasi tersebut sehingga menarik perhatian ramai.

Sebagai tarikan, pondok terbabit telah dibaik pulih dan dicantikkan semula MPAG yang kemudiannya diletakkan dengan papan tanda ‘Mira Filzah Was Here’.

Bagaimanapun kini, pondok itu dikatakan tiada tarikan setelah Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman sah bergelar isteri kepada Wan Emir, 30.

Perkongsian itu tular dan rata-rata terhibur dengan usikan Zainal Abu Bakar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker