Penjawat awam bawa daun ketum ditahan

Share

Seorang penjawat awam berusia 26 tahun ditahan dalam sekatan jalan raya kerana membawa bungkusan daun ketum dipercayai untuk dijual di Perak.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, lelaki berkenaan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kupang-Gerik berdekatan Kampung Kuala Kuang di sini, pada 7 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki berasal dari Kampung Naga, Kepala Batas di Alor Setar itu yang memandu kereta Proton Alza disewanya untuk membawa daum ketum itu.


“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu menjumpai 34 bungkusan plastik warna hitam di dalamnya berisi balutan plastik lutsinar berisi daun ketum dengan nilai rampasan RM10,800.

“Daun ketum itu diletakkan di tempat duduk penumpang belakang dan dalam bonet dengan berat kesemuanya sebanyak 270 kilogram,” katanya.

Syed Basri berkata, suspek mengaku mengambil upah membawa daun ketum dari Pedu, Kuala Nerang ke Gerik, Perak dengan upah RM800 untuk satu perjalanan.


“Harga ketum di ladang RM8 sekilogram dan di jual di Gerik antara RM30 hingga RM 40 sekilogram,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. HM

Leave a Reply