Osman Sapian hadir lagi ke acara Pejuang

Osman Sapian hadir dalam acara Pejuang malam tadi, tiga hari selepas lembaga disiplin Bersatu berkata dia masih menjadi anggota parti itu.

Abu Bakar Yahya, setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, malam tadi memuat naik gambar dan video Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini.

Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan melaungkan “Hidup Pejuang!”.

“Kami bersama ramai-ramai melaungkan: Hidup Pejuang, hidup Pejuang, hidup Pejuang!

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.

“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

Ditanya Malaysiakini sama ada dia sudah meninggalkan Bersatu dan menyertai Pejuang, Osman hanya menjawab: “Belum lagi”.

Portal ini masih menunggu penjelasan lanjutnya berkaitan penyertaan dalam acara itu dan pendirian semasanya.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Najmuddin Megat Khas enggan mengulas perkara itu dan berkata dia hanya dapat bertindak jika terdapat aduan rasmi dibuat dan bukti dikemukakan.

Pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),

Jika Osman mengalihkan sokongan kepada pembangkang, DUN Johor boleh tergantung.

PN sebelum ini mengambil alih kerajaan negeri dengan 29 kerusi berbanding 27 di pihak Pakatan Harapan (PH).

Osman sebelum ini (bawah) hadir dalam kempen Pejuang di Slim tetapi menjelaskan kunjungan itu hanya “jengok-jengok”. Mkini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker