Mantan Setiausaha Politik Mahathir saran Seri Perdana dinaik taraf macam Rumah Putih

Senator Muhammad Zahid Md Arip hari ini mencadangkan agar Seri Perdana dinaik taraf seperti Rumah Putih di Amerika Syarikat dan 10 Downing Street di England.

Anggota Dewan Negara lantikan Bersatu itu berkata, jika kompleks sebesar itu hanya dijadikan kediaman rasmi perdana menteri dikhuatiri ia akan menjadi projek gajah putih.

“Kini sudah sampai masanya untuk Kompleks Sri Perdana dinaik taraf, bukan lagi fungsinya hanya sekadar kediaman rasmi perdana menteri, tetapi turut menempatkan pejabat serta kediaman rasmi perdana menteri seperti White House (Rumah Putih) di Amerika Syarikat dan 10 Downing Street di England.

“Jika kompleks sebesar itu hanya sekadar menempatkan kediaman rasmi perdana menteri, saya bimbang ia menjadi seperti gajah putih sedangkan terdapat banyak ruang di yang boleh dimanfaatkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan menjujung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong sempena persidangan Dewan Negara hari ini.

Kompleks Seri Perdana yang terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, ketika ini menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Dibina pada 1997 di atas tapak seluas 42.5 ekarm ia siap pada 1999.

Kompleks itu dibina kerajaan BN sewaktu pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Kompleks Seri Perdana pernah didiami Mahathir dan perdana menteri selepas itu, Abdullah Ahmad Badawi Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu Muhammad Zahid mencadangkan agar satu akta diwujudkan bagi melindungi kompleks berkenaan.

Katanya, akta itu bagi membolehkan sesiapa yang menjadi perdana menteri tidak boleh mengubah suai kediaman berkenaan sesuka hati.

“Maknanya, sesiapa juga perdana menteri yang menduduki Kompleks Sri Perdana selepas ini tidak boleh membuat pengubahsuaian sesuka hati dan menjadi kewajipan setiap erdana menteri tinggal di kompleks berkenaan kerana ia sudah disediakan oleh kerajaan.

“Namun, untuk melakukan pengubahsuaian tersebut, tentulah ia melibatkan kos tetapi ini bukanlah satu pembaziran, sebaliknya satu tamadun yang akan memulakan sejarah baru Malaysia,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker