Malakat Mall, Cyberjaya kumpul usahawan Bumiputera – Wan Junaidi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Wan Junaidi hadir merasmikan pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya yang diasas dan diusahakan oleh Coach Fadzil Hashim bersama-sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Beliau merupakan seorang anak muda dan usahawan yang mempunyai cita-cita, semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa koperasi juga mampu memiliki pasaraya yang boleh menempatkan barangan keluaran kaum Melayu dan Bumiputera.

Wan Junaidi berkata beliau menyokong penuh visi dan misi penubuhan Malakat Mall ini dan telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan MEDAC untuk membantu dan menjayakan usahasama ini.

Pusat perniagaan yang diwujudkan ini merupakan pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim dan Bumiputera.

Malakat Mall juga boleh menjadi platform untuk membantu usahawan Bumiputera dan juga koperasi memperkenal dan mengetengahkan produk-produk berkualiti mereka kepada umum.

“Saya berharap agar pihak pengurusan Malakat Mall boleh bekerjasama dengan agensi di bawah MEDAC seperti SKM dan PNS dalam meningkatkan bilangan produk tempatan di pasaran”, katanya lagi

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Pengerusi SKM, Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim bin Johan, pegawai-pegawai kanan MEDAC dan juga ketua-ketua agensi MEDAC.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker