9 TAHUN MENANTI AKHIRNYA ISTERI “PENCINTA WANITA ‘ IRWANSYAH SAH HAMIL ANAK PERTAMA

Share

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah apabila isterinya, Zaskia Sungkar disahkan hamil anak pertama selepas sembilan tahun mereka berkahwin.

 

Berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagram untuk para peminat mereka, Irwansyah dan isterinya meluahkan rasa syukur dan gembira di atas berita kehamilan yang sudah lama dinantikan.

Pasangan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakan-rakan, keluarga dan juga para peminat yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan mereka sehingga dikurniakan cahaya mata kelak.


“Alhamdulillah, rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung. Sepanjang hampir 10tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.

“Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia. Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini.

“Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu. 💙 #SensitifMoment #MySensitifJourney #sensitifID @sensitif_id,” tulis isteri Irwansyah.


“Alhamdulillah terima kasih ya Allah terimakasih semuanya dan terimakasih jg buat @morulaivf_jakarta, zaskia positive berkat doa tmn2 semua, dan jgn bosen ya buat terus doa untuk kesehatan bayi dan ibunya sampai melahirkan 🙏🏻,” kata Irwansyah pula.

Difahamkan, pasangan itu menjalani proses IVF sejak awal tahun 2020. Dalam pada itu, Zaskia berkongsikan usia kandungannya kini sudah mencecah lapan minggu dan meminta peminat mendoakan anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

 

 

 

 

www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Irwansyah & Zaskia Sungkar


Leave a Reply