8 kakitangan hospital Lam Wah Ee di P Pinang disah berhubung langsung dengan pesakit Covid-19

8 kakitangan Hospital Lam Wah Ee di sini didapati berhubung terus dengan seorang pesakit Covid-19 di negeri itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hospital itu, kesemua kakitangan tersebut dipantau secara dekat, dan kesemua peralatan dan kawasan terbabit dijalankan proses sanitasi mengikut panduan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Kenyataan itu menyatakan, tidak ada pesakit lain yang berhubungan secara terus dengan pesakit Covid-19 itu.

“Perkhidmatan klinikal di hospital Lam Wah Ee tidak terjejas, dan pesakit boleh meneruskan rawatan mereka di hospital berkenaan dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan tersebut.



Kenyataan itu menyebut pesakit Covid-19 berusia 89 itu berada di bilik kecemasan dan kemalangan hospital tersebut pada 5 September dan didapati menghidapi gastroenteritis akut.

Kakitangan kecemasan mendapati pesakit menghidapi Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan terus mengasingkan beliau di bilik khas.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk pengesahan dan pengurusan, kata kenyataan itu lagi. Bernama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker