Wayang terbaru Guan Eng, terima nota tanpa nama

Share

Ikuti wayang terbaru dari Lim Guan Eng yang mengatakan terima nota tanpa nama di Lapangan Terbang Kota Kinabalu hari ini.

Guan Eng teruja terima nota tidak bernama.

Jika minggu lepas, Setiausaha Agung DAP merangkap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan rasa tidak puas hati serta terkejut kerana mendakwa dirinya dihalang memaski Sabah.


Hari ini pula, kata Guan Eng , dirinya cukup tersentuh apabila menerima sekeping nota tanpa nama ketika penerbangan pulang dari Sabah ke Pulau Pinang.

Guan Eng melalui laman sosial Facebooknya memaparkan dua keping gambar nota daripada pengirim.

“Saya telah menerima sekeping nota tanpa nama ketika pulang ke Pulau Pinang dari Sabah.


“Kepada pengirim yang baik hati ini, terima kasih dari hati saya.

“Sebenarnya rakyat Malaysia yang saya temui hampir saban hari telah memberikan inspirasi serta motivasi untuk saya teruskan perjuangan dalam membina Malaysia ke arah lebih baik,” tulisnya sebentar tadi.

“Ke hadapan YB, anda sedang melakukan kerja yang hebat. Anda akan mengalahkan, mengatasi sebarang tentangan yang dihadapi. Anda lebih kuat daripada apa yang anda fikirkan”.


Bagaimanapun Guan Eng tidak menceritakan bagaimana beliau mendapat nota tidak bernama itu.

Tulisan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut di kongsi oleh lebih 11,000 netizen yang rata-ratanya positif dengan nota tersebut sambil melahirkan lebih banyak kata-kata semangat untuknya.

Minggu lepas, Guan Eng ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa sekatan itu adalah ‘kerja’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tetapi SPRM menafikan dakwaan Guan Eng. –MalaysiaGazette

3 thoughts on “Wayang terbaru Guan Eng, terima nota tanpa nama

  • September 7, 2020 at 10:09
    Permalink

    Ha³… lakonan drama terbaru dari anak Cina DAP, siapa yang dia suruh tulis dan bagi ke dia.

    Reply
    • September 7, 2020 at 13:07
      Permalink

      Memang pakar putarbelit dn kelirukan fakta dn rakyat…

      Reply
  • September 9, 2020 at 10:15
    Permalink

    SEKALI MENIPU SELAMANYA AKAN MENIPU KECUALI BERTAUBAT….

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!