Tiga minah rempit ditahan lumba haram

Tiga minah rempit yang sedang leka berlumba haram dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya menjalankan operasi itu selepas menerima maklumat berhubung kegiatan lumba haram di kawasan itu sebelum menahan tiga wanita berumur 21 hingga 32 tahun pada 12.20 tengah malam.

“Anggota polis yang melakukan penyamaran telah mengesan tiga motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang tiga wanita secara berasingan dan mereka disyaki telah berlumba bermula dari arah Plaza Tol BORR di Bagan Ajam menghala ke jejambat Pelabuhan Kontena Butterworth Utara sebelum berpatah balik menghala arah Sungai Dua sebanyak dua pusingan.

“Mereka turut melakukan beberapa aksi berbahaya dan tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain, polis menahan tiga wanita itu di hentian rehat dan rawat BORR Bagan Ajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kesemua mereka terdiri daripada dua pekerja kilang dan seorang peniaga kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar hiasan

BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker