PKR Sabah guna Anwar tekan Shafie bagi agihan kerusi PRN Sabah

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim  akan bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal hari ini untuk membincangkan pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PKR Sabah di Kota Kinabalu semalam, ketua pembangkang itu berkata agihan kerusi tersebut akan dibahagikan secara adil.

“Esok (hari ini) saya akan jumpa Shafie dan sampaikan hasrat kepimpinan tertinggi.

“PKR harus diberikan ruang sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah dan juga harus diberi peluang yang baik.

“Menjadi tanggungjawab PKR untuk mendapatkan kerusi dengan adil dan saksama,” katanya seperti dipetik BH Online.

Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson berkata PKR tidak meletakkan syarat-syarat tertentu untuk calon yang bertanding, seperti suku kaum atau agama.

Katanya, apa yang penting adalah calon tersebut seorang yang berwibawaff, boleh bekerja sebagai satu pasukan dan setia tanpa melompat parti selepas memenangi kerusi yang ditandingkan.

“Semua anak kita dari apa-apa pun suku kaum dan agama adalah calon. Pastikan kita pilih calon yang baik, berwibawa dan berintegriti.

“Kita juga harus pastikan calon baik PKR atau rakan (parti sekutu) dapat bekerja sebagai satu pasukan,” katanya, sambil menambah calon berintegriti penting agar tidak berlaku langkah lompat parti jika mendapat kemenangan nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker