Pandangan tutup terus kelab malam, pub bertepatan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpendapat kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kelab malam dan pub ditutup selama-lamanya sangat bertepatan.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau menyarankan mana-mana pihak yang mahu berhibur melaksanakannya di rumah masing-masing.

“Kenyataan Perdana Menteri itu tepat. Kalau tak buka selamanya pun tak apa. Berhibur sahaja di rumah masing-masing bersama rakan dan taulan.

“Tidak perlu berpesta sehingga mabuk, lalu menimbulkan pelbagai lagi permasalahan. Hanya segelintir yang suka. Ramai yang tidak bersetuju. Ikutlah suara ramai sebagai suara demokrasi majoriti dan minoriti,” katanya.

Selasa lalu, Muhyiddin pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) dilaporkan berkata, walaupun kebanyakan sektor ekonomi sudah dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelab malam dan pub akan terus ditutup.

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam dan pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya berjenaka dan disambut gelak ketawa hadirin.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang rasa kurang senang Persekutuan Industri Hiburan Malaysia dengan kenyataan Perdana Menteri berkaitan penutupan kelab malam dan pub.

Presidennya, Liew Poon Siak menganggap kenyataan itu sebagai satu tamparan memandangkan bar dan pub sedang bertahan selepas tidak dibenarkan beroperasi sejak Mac susulan Covid-19. Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker