Pelajar IPT dituduh rogol adik kandung

Pelajar IPT dituduh rogol adik kandung

SEREMBAN: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan haram terhadap adik kandung perempuannya.

Lelaki berkenaan, 22, didakwa di hadapan Hakim Datin Surita Budin mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 376B (1) memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan, manakala sabit kesalahan mengikut Seksyen 16(1), boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram persetubuhan dengan adik kandung perempuannya berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian pada Januari dan Mac 2021 di sebuah rumah di daerah ini.

Lelaki terbabit mengaku tidak bersalah sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana mangsa dan tertuduh adalah adik-beradik dan tinggal serumah.

Peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guam mereka sedang menuntut peringkat diploma di sebuah IPT dan kini menjalani latihan praktikal di Johor, selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Surita membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan, selain tinggal di rumah lain serta tidak menganggu mangsa.

Beliau kemudian menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula dan serahan keputusan penuh perubatan. BH

Pelajar IPT dituduh rogol adik kandung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker