Francisca Luhong, jelitawan Sarawak dinobat Miss Universe Malaysia 2020

MENEPATI ramalan, Francisca Luhong James dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 pada Sabtu.

Menerusi acara yang berlangsung di Damansara, Petaling Jaya itu, Francisca tampil dengan persembahan memberangsangkan untuk meraih gelaran tersebut.

Francisca, 25 tahun berasal dari Kuching, Sarawak menewaskan 17 peserta lain untuk melayakkan dirinya mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2020 kelak.

Mengenakan gaun berwarna merah jambu rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, gadis berdarah Kayan, Kenyah dan Iban ini berjaya mengetepikan saingan hebat daripada tiga peserta peringkat akhir iaitu Neha Verma, Serene Chai dan Charissa Chong.

Francisca dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 oleh Shweta Sekhon yang merupakan Miss Universe Malaysia 2019.

Kali terakhir acara ini dimenangi anak Bumi Kenyalang pada 2007 menerusi Adelaine Chin Ai Nee. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker