Digelar SESUMPAH POLITIK, Anwar jawab kritikan

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim dikenali dengan kemahiran berpidato, namun pengkritik menyifatkannya sebagai “sesumpah” (chamelon) yang menyampaikan ucapan berbeza mengikut komuniti.

Mengakui kritikan itu, Anwar berkata, meskipun dia sentiasa sedar dengan khalayaknya yang berbeza, mesej tentang keadilan yang disampaikannya sentiasa konsisten.

Anwar berkata demikian semasa memberi taklimat kepada ahli PKR di Kota Kinabalu pagi ini mengenai komunikasi berkesan menjelang pilihan raya Sabah pada 26 September.

“(Khalayak) itu bagi saya penting. Kita tengok khalayak. Ada orang kritik kata Anwar sekerjap baca al-Quran, sekejap petik Shakespeare, sekejap pergi menari tarian masyarakat India atau sampaikan tazkirah.

“Dia tak faham. Takkan saya pergi kampung bagi tazkirah di masjid quote Shakespeare, Winstons Churchill atau Abraham Lincoln?,” katanya.

Begitu juga, kata Anwar, ia tidak boleh bertutur dalam bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

“Kita tengok khalayak. Tapi apa yang tak berubah, kita tak bohong. Kita petik Quran, kita cakap tentang keadilan. Kita petik Shakepeare di bandar, kita cakap tentang keadilan.

“Ketika kita bercakap dengan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut, kita cakap soal keadilan dan kasih sayang,” katanya.

Justeru, Anwar menggesa ahli PKR mempunyai pemahaman yang baik mengenai misi dan rekod parti agar dapat berkomunikasi secara berkesan semasa pilihan raya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah bahawa walaupun orang mungkin kadang-kadang ingin mendengar orang luar bercakap, penting bagi parti untuk mengetengahkan pemimpin tempatan sekiranya mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai isu-isu tempatan.

Anwar tiba di Sabah semalam dan sedang dalam lawatan untuk melancarkan jentera pilihan raya PKR.

Dia juga bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal, yang juga ketua menteri Sabah, pagi ini.

Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah dijadualkan berlangsung pada 12 September.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker