17 terbunuh saluran gas di masjid meletup ketika sedang solat (video)

Letupan saluran daripada paip gas di sebuah masjid di Bangladesh telah mengorbankan 17 orang dan mencederakan puluhan orang mangsa.

Kejadian itu berlaku ketika para jemaah hendak menamatkan solat di masjid di daerah Narayanganj.

Puluhan mangsa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk terbakar.

Menjelang Sabtu petang, 17 orang, termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia, kata Samanta Lal Sen, penyelaras unit kebakaran.

Angka kematian dijangka terus meningkat kerana kebanyakan mangsa berada dalam keadaan kritikal, kata Sen, sambil menambah sekurang-kurangnya 37 orang dengan luka bakar hingga 90 peratus daripada badan mereka.

“Saya melihat asap keluar dari masjid setelah letupan yang tiba-tiba meledak besar dan kedengaran orang menjerit. Ada yang bergolek di atas jalan ketika mereka berusaha memadamkan api pada badan mereka,” kata Mohammad Ratan, seorang penduduk tempatan. .

Pegawai bomba memberitahu, gas yang terkumpul akibat kebocoran di saluran paip di bawah masjid kemungkinan mencetuskan letupan.

”Kami terutama mengesyaki gas bocor dari saluran paip dan terkumpul di dalam masjid kerana tingkap ditutup. Apabila penghawa dingin dihidupkan, percikan api mungkin mencetuskan letupan,” kata Abdullah Al Arefin, seorang pegawai kanan bomba.

Stesen TV tempatan melaporkan akibat letupan itu sekurang-kurangnya enam penghawa dingin di dalam masjid turut meletup.

Pihak berkuasa telah memulakan siasatan kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker