Rebat 100 peratus bil TNB bulan Disember untuk mangsa banjir – PM

Rebat 100 peratus bil TNB bulan Disember untuk mangsa banjir – PM

REBAT 100 peratus secara sekali beri atau one-off bagi bil elektrik bulan Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebanyak 72,000 pelanggan domestik terjejas akan menerima manfaat daripada rebat yang akan diberi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Ini tidak melibatkan kilang, ia untuk rumah-rumah. Ini lanjutan kepada bantuan yang diberikan, jadi bil elektrik Disember diberikan rebat.

“…Saya juga telah minta TNB untuk membantu kediaman milik B40 yang terjejas akibat banjir apabila bekalan elektrik disambung semula,” katanya.

Beliau berkata sejak Jumaat lepas, syarikat utiliti itu telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma di rumah terjejas banjir di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Pasukan petugas khas ditubuh, persediaan hadapi gelombang kedua – PM

Selain itu, Ismail Sabri berkata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan menyediakan servis menunda kenderaan secara percuma bagi kenderaan Perodua berdasarkan insurans kenderaan itu.

Beliau berkata bayaran upah buruh untuk membaiki dan servis kenderaan yang dihantar ke pusat servis Perodua adalah percuma dan bayaran alat ganti pula diberikan diskaun 50 peratus.

“Saya difahamkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan berunding lagi dengan syarikat-syarikat kereta yang lain seperti Proton (Proton Holdings Bhd) dan sebagainya.

“Saya harap syarikat-syarikat lain boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Perodua dan kalau lebih baik daripada itu pun kami mengalu-alukan,” katanya pada sidang media selepas meninjau kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, di Hulu Langat hari ini.

Beliau turut memaklumkan kerajaan bakal menambah peruntukan bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir sebagai tambahan kepada peruntukan awal RM100 juta.

Ditanya mengenai cadangan permohonan Bantuan Wang Ihsan dibuat secara dalam talian, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Pasukan Petugas Khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan mengadakan mesyuarat pertama esok.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata 332 anggota tentera dikerah ke Maran, Raub, Temerloh, Jerantut dan Kuala Lipis untuk membantu proses pembersihan pascabanjir manakala 213 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digerakkan bagi tujuan sama.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi Bantuan Wang Ihsan kepada semua mangsa banjir sebanyak RM1,000, sumbangan RM10,000 kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia selain layak memohon pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selain itu, TEKUN Nasional telah mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat bencana banjir dan bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.

Terdahulu, Ismail Sabri membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat dan meninjau beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. Utv

Rebat 100 peratus bil TNB bulan Disember untuk mangsa banjir – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker