Digelar ‘penjaga jodoh’ orang, Ini 3 pelakon popular Zizan dah terlepas

Hari ini industri hiburan masih hangat lagi dengan berita perkahwinan pelakon cantik idaman jejaka Malaya, Mira Filzah bersama pasangannya, Wan Emir Astar.

Namun begitu, nama pelawak Zizan Razak pula dikaitkan memandangkan sebelum ini ada gosip yang mengatakan dia pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Mira Filzah.

Tolong jaga ‘jodoh orang’

Akan tetapi mengimbau kembali gosip-gosip cinta Zizan, ramai yang perasan kesemua artis wanita yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun berkahwin.




Juliana Evans


Emma Maembong


Mira Filzah

Sabar zang, bunga bukan sekuntum
Tidak sabar juga mahu melihat Zizan menamatkan zaman bujang, rata-rata netizen mendoakan agar pelawak tersebut segera bertemu jodoh.



Ada juga komen mecadangkan Zizan supaya berkahwin dengan Zulin Aziz

Zizan selalu kayuh basikal dengan Hawa

Personaliti televisyen Hawa Rizwana Redzuan akui pengacara dan pelakon Zizan Razak merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah.



Jelas Hawa bagaimanapun, hubungan persahabatannya dengan Zizan menjadi lebih erat sejak melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

“Saya dan Zizan hanya kawan dan kenalan rapat. Kalau dulu selalu berjumpa apabila kebetulan ada acara bersama.

“Tapi sekarang kerap sikit sebab kami berada dalam kelompok kumpulan berbasikal yang sama.



“Kebetulan pula instruktor kami pun kayuh sekali jadi ia secara tidak langsung menggabungkan macam-macam pasukan berbasikal serentak, semua dah macam keluarga besar,” katanya kepada Gempak.

Hawa dan Zizan sebelum ini kerap mencuri tumpuan di Instagram apabila sering berbalas komentar di akaun masing-masing.

Malah, kedua-duanya juga kini lebih acap kali dilihat bersama terutama ketika hujung minggu.

Bagi mengelakkan salah faham kata Hawa dia masih solo dan belum terfikir untuk mencari teman hidup.



“Saya baru berusia 25 tahun dan perjalanan karier saya masih jauh. Jadi fokus saya untuk keluarga terlebih dahulu sampai betul-betul stabil,” jelasnya.

Bunga bukan sekuntum, diharapkan Zizan berjaya berjumpa dengan gadis idamannya kelak.

Sumber : Facebook



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker