Tun, Umur dah 95 tahun janganlah berbohong, ingat akhirat..

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan dakwaan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) menyogok pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata, tuduhan berkenaan dilemparkan kerana bekas Perdana Menteri itu terkejut Pejuang kalah teruk pada PRK DUN Slim.

“Mahathir dakwa pengundi PRK Slim telah disogok dengan duit semasa naik bas dan van ke pusat mengundi.

“Sebab itu Mahathir terkejut calon Pejuang kalah teruk, dia ramal calonnya akan dapat 4,000 undi. Tapi cuma dapat 2,115 undi sahaja,” tulisnya dalam Facebooknya.

ARTIKEL BERKAITAN Tiada laporan kes sogok wang PRK DUN Slim

Menurutnya, dakwaan Dr Mahathir bahawa pengundi akan menerima bayaran pertama sebanyak RM100 dan baki RM250 sekiranya menunjukkan gambar mereka mengundi BN adalah tidak logik.

Ini kerana jelasnya, sekiranya perkara itu berlaku, sudah tentu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengesan kerana gambar berkenaan diambil dengan menggunakan telefon bimbit.

“Bolehkah ‘handphone’ digunakan untuk mengambil gambar semasa mengundi? Seorang dua mungkin terlepas, tapi mustahil 1000 orang boleh terlepas.

“Belum lagi 13,060 orang mengundi calon BN. Takkan petugas SPR tak nampak. Apalah Mahathir ini, makin lama makin ke laut kelentongnya,” ujarnya.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa berlaku banyak sogokan wang dalam PRK DUN Slim baru-baru ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, meskipun Pejuang sudah menjangkakan kalah dalam PRK itu, namun mereka tidak menjangkakan undi yang diperoleh agak teruk iaitu lebih 2,000 undi berbanding jangkaan awal lebih 4,000 undi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker