SEMPOI: Ismail Sabri Selamba Makan di Warung Tepi Jalan, Sambil Makan Siap Balas Komen.

Hampir 6 bulan lalu ketika negara dilanda pandemlk C0VlD-19, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjadi ‘wajah kesayangan’ rakyat Malaysia.

Selain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang akan membentangkan laporan harian kesihatan mengenai C0VlD-19 pada jam 5.00 petang, wajah Ismail Sabri antara paling dinantikan.

Kemunculan beliau yang berperanan sebagai menteri yang menyampaikan laporan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian jam 2.00 petang sering mencvri tumpuan dengan penampilannya berbaju batik.

Sejak itu juga bapa kepada penyanyi Dafi itu sering berkongsi maklumat di laman soslal beliau, malah turut memuatnaik sebarang aktiviti yang tidak melibatkan perkara berkaitan urusan kerja dan negara.

Makan ikan singgang dengan budu

Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram, Ismail berkongsi aktiviti bersama rakan-rakan menikmati juadah makan malam.

Apa yang mencurl tumpuan ramai, meskipun bertaraf seorang mnteri utama, beliau dilihat tidak kek0k untuk singgah makan di gerai biasa di tepi jalan.

” Sedap atau tak sedap makanan bukan bergantvng kepada tempat makan..hotel 5 bintang ke, restoran 5 bintang ke, dalam pesawat ke, dalam cruise ke..

” Yang penting adalah “kena pada selera” kita walpun tempat itu di warung tepi jalan, di gerai, di hawkers, di food truck, nasi bungkus di gerai dan lain-lain..

” Satu tempat favourite saya di satu kawasan gerai di satu lorong off Jln Tuanku Abd rahman, gerai ikan singgang.. Masakannya kena pada selera saya..

” Ikan singgang, ikan tawar cicah budu, lidah masak merah, goreng ikan rebus, telur dadar garing style siam dan lain-lain. Huh…sambil menaip ni pun dah terliur..” tulis Ismail Sabri

Reaksi warganet, ada yang tak percaya Ismail Sabri sendiri balas komen

Perkongsian Ismail Sabri itu ternyata mendapat perhatian warganet apabila meraih tontonan sebanyak lebih 143 ribu ‘views’ dan lebih 400 komen.

Rata-rata memuji Parlimen Bera tersebut yang tidak kek0k untuk makan di gerai biasa dan menikmati juadah yang sangat sinonim dengan makanan orang Kelantan itu.

Menariknya Ismail sempat membalas kebanyakan komen yang ditinggalkan sehingga ada beranggapan komen tersebut bukan dibalas oleh Ismail tetapi Pembantu Peribadi (PA)

” Terbaek ….Ni mesti PA Datuk Seri yang tolong reply kan” tulis Aljuma

Bagaimanapun sangkaan itu ditepis Ismail apabila membalas komen tersebut mengatakan dia sendiri yang menulisnya.

” Tak betul.. Ismail sabri sendiri yang reply” tulis Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker