Lim Guan Eng patut makan gaji buta, kata Betty Chew

Share

Pada hantaran di laman facebooknya hari ini, Betty Chew berkata adalah lebih baik Lim Guan Eng makan gaji buta sahaja semasa menjadi Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sekiranya dia makan gaji buta semua ini tidak akan terjadi” , katanya lagi.

Betty Chew berkata demikian kerana marah suaminya bakal didakwa lagi pada minggu depan dalam kes pecah amanah projek terowong.


Lim Guan Eng dijangka akan didakwa dengan dua kes pecah amanah berkaitan projek terowong Isnin ini menurut sumber.

Sumber dari Pejabat Peguam Negara mengesahkan kepada TheEdgemarkets.com mengenai pendakwaan tersebut.

Agaknya Betty lupa semasa suaminya berkuasa di peringkat Persekutuan, berapa ramai musuh politik Dap ditahan dan didakwa.


Rakyat masih tidak lupa penderitaan selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Malah semasa mereka berkuasa kes banglo Lim Guan Eng juga “dibuang” begitu sahaja.

Tidak guna marah sekiranya suami anda tidak bersalah. Selalunya yang marah ini adalah orang yang membuat kesalahan.


Leave a Reply