“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… saya mengaku itu anak saya

Share

Ibu mana yang tidak kecewa apabila anak kesayangan terpalit dengan insiden yang benar-benar merobek hati.

Sekalipun kasih sayang tidak pernah kurang dicurah, namun, tiada kudrat buat penyanyi terkenal Nora Ariffin untuk menghalang kesilapan terus berlaku.

Ujian terbaharu menghimpit penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu.


Baru saja beberapa hari kehilangan ibu mertua, kali ini, anak ketiganya pula mencetus kontroversi.

Di media sosial, tular sebuah video remaja perempuan sedang bercium dengan kekasihnya.

Dan Nora yang mengambil sikap bertanggungjawab mengakui, remaja itu adalah anak perempuannya.


“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… saya mengaku itu anak saya.

Sebagai seorang ibu, kita telah mencuba melakukan yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik, memberikan apa yang terbaik dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. dia masih muda… dan dia perlu belajar banyak perkara dan kehidupan yang harus dilalui,” kata Nora dalam hantaran di Instagram peribadinya.


Dalam luahan perasaan itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 47, berkata, sebagai seorang ibu dia juga mempunyai banyak kelemahan.

“Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan. Saya berdoa agar dia belajar menjadi manusia yang lebih baik dan teruskan hidup. Insya-Allah.

“Kepada semua, mohon beri ruang dan ketenangan buat masa ini. Sama-sama doakan yhang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” luah Nora lagi.

Video sepasang remaja sedang bercumbuan menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen sejak Rabu lagi.

Ekoran itu, netizen bukan sahaja mula mengecam remaja berkenaan, bahkan penyanyi terkenal itu juga tidak terlepas daripada menjadi kecaman. Awani

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!