4 hari lagi- Air Selangor

Share

Gangguan bekalan air membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman, berkata ia berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

Katanya, setakat 2.30 petang hari ini, pencemaran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan berada pada tahap 1 TON.


“LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 belum dapat beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut. Ujian bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit.

“Apabila LRA ini mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Air Selangor di sini, hari ini.-HM

 

LOKASI cemar bau yang dikesan dipaparkan ketika sidang media. FOTO Asyraf Hamzah
LOKASI cemar bau yang dikesan dipaparkan ketika sidang media. FOTO Asyraf Hamzah

Leave a Reply