Selepas Bob Kuman, Kini Kumin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak Kumin atau nama sebenar, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang, tengah hari tadi.

Berita sedih itu disahkan teman baik arwah, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Kumin kira-kira 30 minit lalu

“Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.

“Setahu saya, arwah sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.



“Selain itu, arwah berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,” kata Yank kepada BH Online.

Namun, ketika ini, Yank belum dapat memastikan bila dan di mana jenazah Allahyarham akan dikebumikan.

“Saya masih menguruskan perkara ini,” katanya.

Aktif sejak era 1990-an, Kumin dan teman baiknya, Allahyarham Bob Kuman pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2 yang cukup popular ketika itu.



Sepanjang bersama, KU2 menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Arwah dan isteri bagaimanapun tidak dikurniakan anak.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker