Rais Yatim sah speaker Dewan Negara baharu

Share

Tan Sri Dr Rais Yatim dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang bersara pada 22 Jun lalu.

Terdahulu, sidang Dewan Negara yang bermula dengan pemilihan Speaker menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul bagi pihak kerajaan.

Beliau membawa usul Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencalonkan Rais.


Keputusan melantik Rais dibuat melalui proses pengundian memandangkan terdapat lebih daripada 1 nama dikemukakan.

Sementara itu, Senator Dr Ahmad Azam Hamzah pula mencadangkan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff sebagai calon.

Sebelum ini, beberapa media memetik sumber melaporkan, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bakal mengisi kekosongan jawatan Speaker Dewan Negara. Awani


Berita selanjutnya menyusul

Leave a Reply