Pas Sarawak berharap GPS memberi peluang kepada mereka dalam PRN Sarawak

Share

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) sewajarnya memberi peluang calon parti berkenaan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak seterusnya.

Sambil menegaskan ia sekadar pandangan peribadinya, beliau berkata GPS patut memberi beberapa kerusi kepada PAS sebagai tanda kerjasama rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika mereka (GPS) nak bolot habis (kerusi) dan tak beri peluang, macam mana dengan perasaan ahli dan penyokong PAS Sarawak.


“Kita pun nak situasi menang-menang. Jangan terlalu mementingkan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak wajar bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang demi menghormati kerjasama di peringkat Persekutuan.

Jofri berkata lagi, kenyataan Wan Junaidi sekadar pandangan peribadinya dan tiada keputusan muktamad mengenainya.


PAS Sarawak menurutnya akan meneruskan usaha mereka meraih sokongan rakyat di negeri ini.

“Kita akan terus gerak kerja kita seperti biasa,” katanya. UB

Leave a Reply