Nak jadi ahli Pejuang sila isi Borang Tunjuk Minat, kata Mukhriz

Pejuang belum edar borang keahlian – Mukhriz

Urusetia Penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak pernah mengedar borang untuk menerima permohonan keahlian parti.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, orang ramai yang berminat menyertai parti itu sebagai ahli boleh mendapatkan Borang Tunjuk Minat yang akan dipaparkan secara online tidak lama lagi.

“Setakat ini, kita belum edar apa-apa jenis borang keahlian kerana hendak mematuhi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang sedang memproses permohonan pendaftaran Pejuang.

“Walaupun begitu, oleh kerana ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara online untuk mengumpul butiran pemohon.

“Setelah parti didaftar secara rasmi, butiran itu akan diambil kira sebagai permohonan untuk menjadi ahli parti,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, apa sahaja borang lain yang diedarkan, baik secara secara hardcopy mahupun online tidak dikeluarkan oleh Urusetia Penubuhan Parti Pejuang dan tidak diiktiraf sebagai borang rasmi.

Kata Mukhriz, yang berminat menjadi ahli Pejuang hanya boleh berurusan secara langsung dengan Urusetia Penubuhan dan menunggu borang online yang akan disiarkan dalam tempoh terdekat ini. – MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker