Cuepacs mahu bantuan JKM RM1000 segera dilaksanakan

Cadangan menaikkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 menerima reaksi positif bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Penjawat Awam (CUEPACS).

Presidennya, Adnan Mat sambil yang mengalu-alukan cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menggesa kerajaan supaya menyegerakan pelaksanaannya demi manfaat rakyat yang memerlukan.

“CUEPACS menyokong cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menaikkan bantuan JKM kepada RM1,000 kerana ia waktu yang tepat memandangkan ramai rakyat terkesan akibat penularan Covi-19.

“Dengan kos sara hidup yang tinggi, jumlah bantuan JKM pada kadar RM200 – RM300 sebulan ketika ini sememangnya tidak mencukupi untuk tampung perbelanjaan.



Baca : Bantuan bulanan JKM akan dinaikkan kepada RM 1000

“Cadangan perdana menteri ini bukti kerajaan prihatin dan peduli kepada kesusahan rakyat yang terkesan daripada segi ekonomi dan pendapatan terutama golongan B40 serta rakyat miskin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, ketika ini Paras Garis Kemiskinan (PGK) negara telah ditetapkan pada kadar RM2,208 dan seramai 405,441 isi rumah di negara ini dilaporkan berada pada paras kemiskinan.

Sehubungan dengan itu, katanya, cadangan kenaikan bantuan JKM kepada RM1,000 perlu dilaksanakan segera kerana ia keperluan yang mendesak untuk rakyat.



Menurutnya, CUEPACS akan memastikan usaha ini disambut baik oleh penjawat awam selaku kumpulan yang akan melaksanakan polisi dan dasar kerajaan.

” Kami juga berharap usaha kerajaan ini tidak dipolitikkan kerana semua pihak perlu sokong walaupun berbeza ideologi politik demi kepentingan rakyat.

“Dalam masa yang sama CUEPACS juga berharap golongan penjawat awam diberi perhatian memandangkan gaji asas sektor awam ketika ini iaitu RM1,200 sebulan masih di bawah PGK.

“Jika penerima bantuan JKM layak menerima bantuan sebanyak RM1,200, CUEPACS merasakan penjawat awam selaku pelaksana kepada semua dasar dan polisi kerajaan untuk rakyat wajar diberi perhatian sama.



“Tambahan pula banyak dasar dan polisi utk menambah baik sistem perkhidmatan awam termasuk hal-hal melibatkan kebajikan penjawat awam tidak dilaksanakan walaupun telah diumumkan untuk dilaksana,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker