Bahasa Melayu teruk diketepikan ketika 22 bulan pemerintahan PH

Bahasa Melayu dalam kemelut perjuangan bangsa

 

SELEPAS berakhir Perang Dunia Kedua, dan Tanah Melayu baru bebas dari penjajahan dan peperangan menentang Jepun (1941 hingga 1945), Persekutuan Tanah Melayu mengalami fasa pergelutan dalam membentuk identiti dan hala tuju negara.

Tahun 1946 hingga 1957 adalah fasa yang sangat kritikal dan terlihat insiden dan peristiwa yang sangat banyak; rancangan Malayan Union dan pembubarannya serta pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu, pembentukan UMNO, pengisytiharan darurat menentang komunis, serangan Rosli Dhobi (Rukun 13) terhadap British di Sarawak, insiden Bukit Kepong, pembentukan PAS, dan pelbagai lagi.

Fasa ini orang Melayu tekad mahu bebaskan diri dari belenggu penjajahan, bergelut menentukan jati diri serta cuba melakar sendiri hala tuju bangsa dan negara.

Pelbagai inisiatif, cubaan, himpunan, konsep, wacana dikemukakan.

Melihat kejatuhan British kemudian Jepun dan pengunduran British membangkitkan semangat penentangan dan pembebasan dalam diri orang Melayu.

Dalam fasa pergelutan politik, keselamatan, ekonomi yang dihadapi, di tengah tahun-tahun itu juga menyaksikan pergelutan serta perjuangan sastera dan bahasa yang juga elemen dalam identiti negara.

Seolah-olah semua pihak ingin menyertai dalam melakar bagaimana membentuk negara kita apabila kita mencapai kemerdekaan.

Kalau negara kita merdeka, bagaimana penggunaan bahasa kita? Bagaimana pula bahasa boleh menyumbang dalam pembangunan masyarakat dan negara?

Bermula dengan dihimpunkan beberapa tokoh dan sasterawan yang menatijahkan tertubuhnya ketika Angkatan Sasterawan 1950 (Asas ’50).

Penubuhan ini diikuti dengan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama pada tahun 1952, 1954 dan 1956, di mana, ketika itu menyaksikan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), setahun sebelum pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Sayangnya perjuangan ini dilencongkan, kerana Asas ’50 sendiri mengumpulkan sasterawan yang mempunyai  pelbagai latar belakang.

Agenda ini tidak mempunyai hala tuju yang  jelas, menjadi antara sebab Asas ’50 dikritik kerana mengetengahkan penggunaan tulisan rumi bagi bahasa Melayu, yang disambut oleh orang elit

Dan politik ketika itu.

Malah, ia juga  menatijahkan revolusi tulisan rumi ke atas tulisan Jawi sebagai  tulisan pengantar bagi bahasa Melayu pada tahun 1966 di bawah keputusan menteri pelajaran Khir Johari.

Kemelut dan pertembungan bahasa masih berterusan di tanah air.

Hari ini kita melihat kedudukan bahasa Melayu tidak semakin baik setelah 63 tahun merdeka.

“Hidup Melayu” dilaungkan setiap kali kongres dan perhimpunan, namun kita tak lihat pemimpin politik Melayu mempunyai kehendak yang serius dalam mengangkat martabat bahasa Melayu.

22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan menyaksikan lagi teruk bahasa Melayu diketepikan dan bahasa lain beberapa kali diketengahkan sebagai bahasa rasmi.

Sempena bulan kemerdekaan yang ke-63, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan dan menyeru untuk kita sama-sama memperbanyakkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai identiti negara.

Ustaz Zaid Zainurrashid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker