Tompok cari tiga anak rentung terbakar

KUANTAN: Sangat menyentuh hati apabila seekor ibu kucing mencari-cari tiga ekor anaknya yang dipercayai rentung dalam kebakaran di sebuah rumah pusaka di Kampung SC di sini semalam.

Kucing diberi nama Tompok dilihat ke hulu ke hilir mencari anaknya yang baru seminggu dilahirkan.

Mengulas peristiwa itu, Nur Amizan Abdul Hamid, 49, berkata, dia sebak melihat Tompok yang tidak keruan selepas rumah pusaka didiami sejak 20 tahun lalu musnah terbakar dalam kejadian 5.55 pagi semalam.

Kata wanita itu, semasa kejadian dia dan seorang anaknya berada di rumah ibunya di Kampung Razali di sini manakala suaminya keluar bekerja.



“Saya sangat sedih apabila jiran bercerita sewaktu bomba memadamkan api, si Tompok sibuk mencari anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Katanya, kediaman rumah kayu tersebut merupakan rumah pusaka peninggalan arwah nenek suaminya.

“Apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT, kami reda. Selepas ini bolehlah saya jaga ibu yang ketika ini kurang sihat,” ujarnya yang kini menumpang di rumah ibunya. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker