TERSENTUH ADIK TUMPANG TENGOK TV – AZZA ELITE NAK BELIKAN TV

“Saya tersentuh, saya pun pernah alami ini suatu ketika dulu. Tolong semua, ada maklumat pasal adik ini, beritahu di sini ya. Sedihnya tengok. Saya nak saja kumpul duit pakai duit review Instagram beli TV (televisyen) untuk dia. Tapi tak tahu adik ini kat mana.

“Masa kecil, saya juga tidak sesenang ini. Saya tahu bagaimana perasaannya. Sedih weh,” demikian kata pelakon dan penyanyi Azza Elite, 42, yang bermurah hati mahu membelikan televisyen buat kanak-kanak yang fotonya tular sedang menumpang menonton televisyen dari luar rumah di sebuah lokasi.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berkata, dia memohon jasa orang ramai ada maklumat mengenai kanak-kanak lelaki itu untuk tampil membantu merealisasikan usahanya.

Azza juga turut mendoakan kanak-kanak itu diberikan kesejahteraan di mana pun dia berada. Menurutnya, dia berjanji mahu belikan TV buatnya jika mendapat maklumat lokasi kanak-kanak itu.

“Sekiranya adik bersekolah, belajar pandai-pandai okay. Bila dewasa esok, adik beli TV besar. Kesiannya adik ini. Saya tak tahu adik kat mana. Kalau tahu, senang sikit. Sekejap saja TV sampai rumah adik. Duit review saya ada sikit. Kalau tak cukup, boleh kumpul dengan kawan-kawan saya untuk belikan,” katanya.

Perkongsian Azza itu sekali gus menarik perhatian ramai selebriti lain untuk turut membantu. Mereka termasuk Fasha Sandha yang menyatakan kesudian untuk turut menyumbang.

Terdahulu, foto kanak-kanak tumpang menonton TV dari luar sebuah rumah sebelum pintu rumah itu ditutup menjadi tular. Warganet rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak terbabit. – HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker