Tak fikir soal saman adik ipar, Hidayah luah gembira tengok anak sudah pandai berjalan

Share

Meskipun kini sedang kecoh mengenai kes saman yang dibuat oleh pelawak Ali Puteh terhadap alu kepada arwah pelawak dan pelakon Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah.

Namun, menjengah ke laman Instagram Hidayah, dia dilihat terus cekal dalam menempuh kehidupan bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah hasil perkahwinan bersama arwah Abam Bocey.

Seronok tengok Hamzah dah boleh jalan

Menerusi entri di IG, Hidayah meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar anaknya yang kini sudah mencecah usia lebih setahun itu membesar dengan baik sebagai seorang anak yang soleh.


 

Membesar jadi anak soleh seperti ayah dia

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata semangat kepada ibu tunggal itu supaya cekal dan tabah menghadapi ujian hidup.

arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas. Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Sumber : Hidayah_abam, ohmymedia 


Leave a Reply