Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut (video)

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada peragut ini yang menerima balasan ‘cash’ selepas melakukan perbuatan terkutuk itu dalam satu rakaman CCTV yang dipercayai berlaku di Johor.

Dalam satu perkongsian CCTV yang tular di Facebook sejak pagi tadi, lelaki tersebut dirakam dengan jelas diterajang oleh salah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas meragut seorang wanita di tepi jalan.

Walaupun berjaya meloloskan diri dan meragut dengan berjaya namun beliau selepas itu bergelut dan terjatuh sebelum ditendang sehingga terpelanting oleh pegawai PBT yang berada di kawasan tersebut.

Aksi ragut dan tendangan padu yang dirakam itu boleh dilihat bermula di saat ke 15 di perkongsian video di bawah.

Tindakan spontan dan pantas lelaki yang dipercayai pegawai penguatkuasa itu kemudiannya menerima pujian daripada netizen dengan perkongsian video tersebut sehingga kini sudah pun dikongsikan kembali sehingga 11,000 kali di Facebook.

Bukan sahaja berpuas hati melihat tendangan padu daripada pegawai tersebut malah mereka juga rata-rata yang meninggalkan komen bersetuju dengan tindakan pantas yang berjaya menghalang lelaki itu untuk melarikan diri. Vocket

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/SVID_20200901_192347_1.mp4[/KGVID]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker