“Pada Ahad lalu, kesemua pegawai berkenaan sudah menjalani ujian mengaji dan terdapat 14 orang yang tidak fasih. Kerana itu, kesemua 14 pegawai itu diberi masa enam bulan untuk menguasai kemahiran membaca Al-Quran. “Sekiranya, dalam masa enam bulan mereka masih belum fasih (membaca Al-Quran), maka mereka akan dipecat,” kata Adnan lagi.

GOWA: Fasih membaca kitab suci Al-Quran atau berdepan dengan tindakan dipecat daripada jawatan yang disandang merupakan prasyarat bagi peluang kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai kerajaan di Gowa, Sulawesi Selatan.

Menutrut laporan portal berita Kompas, daripada 76 pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Gowa yang menjalani ujian, 14 daripada mereka didapati tidak fasih membaca Al-Quran.

Polisi kemahiran membaca Al-Quran bagi pegawai-pegawai kerajaan merupakan fasa pertama pelaksanaan dan Gowa merupakan daerah pertama di Sulawesi Selatan yang memperkenalkannya.


Menurut Pegawai Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo, kesemua 76 pegawai itu terpilih untuk menjalani ujian membaca Al-Quran sebagai syarat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa jabatan.

Pemilihan kesemua pegawai itu, kata beliau, selepas mendapat keizinan daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Pada Ahad lalu, kesemua pegawai berkenaan sudah menjalani ujian mengaji dan terdapat 14 orang yang tidak fasih. Kerana itu, kesemua 14 pegawai itu diberi masa enam bulan untuk menguasai kemahiran membaca Al-Quran.


“Sekiranya, dalam masa enam bulan mereka masih belum fasih (membaca Al-Quran), maka mereka akan dipecat,” kata Adnan lagi.

Ujian ini diadakan sebagai sebahagian daripada mengenal pasti kelayakan untuk pegawai-pegawai berkenaan untuk dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan di beberapa jabatan dan mendapat kezinan daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Ujian kefasihan membaca Al-Quran menjadi prasyarat untuk kenaikan jawatan dalam pelbagai jabatan di Pejabat Daerah Gowa,” kata Ketua Jabatan Sumbner Manusia Pejabat Daerah Gowa, Muh Basir.


Awani