Apa Sudah Jadi, UMNO Sabah Bertanding 30 Kerusi Sahaja?

Kota Kinabalu – UMNO mungkin bertanding 30 kerusi sahaja dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung dari 12  -26 September 2020 nanti.

Sumber dalaman Bersatu memaklumkan setakat ini mereka menjangka UMNO hanya akan bertanding 28 kerusi dan selebihnya akan dibahagi antara Bersatu dan PAS.

Bagaimanapun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan mahu UMNO Sabah bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi.

Bersatu dijangka bertanding 18 kerusi dan PAS 2 kerusi dalam keseluruhan 48 kerusi majoriti bumiputera Islam.

Namun secara keseluruhan Barisan Nasional dijangka bertanding di 45 kerusi melalui kawasan yang akan ditandingi oleh PBRS dan MCA.

SuaraTV belum mendapat sebarang maklum balas dari pemimpin UMNO Sabah.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Bung Moktar Radin menegaskan UMNO akan bertanding antara 32-37 kerusi.

Bung minggu lalu dilaporkan berkata UMNO Sabah akan mempertahankan semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, selain bersedia menempatkan calon di beberapa kerusi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“UMNO Sabah turut menimbang untuk bertanding mana-mana 13 kerusi baharu DUN di negeri itu.” – SUARATV

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker