Pegawai Polis Maut Kemalangan Di NKVE , Kereta Hilang Kawalan Dan Terbabas

Pegawai Polis Maut Kemalangan Di NKVE , Kereta Hilang Kawalan Dan Terbabas

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dari Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras maut dalam kemalangan di Kilometer 6.7 Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) menghala ke Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 39 tahun, yang memandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

Menurutnya, mangsa, Gan Chee Liang yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Shah Alam menaiki ambulans.

“Namun mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Mohd Iqbal memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubung pegawai penyiasat bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697 atau balai polis berhampiran dengan segera.-AA
Pegawai Polis Maut Kemalangan Di NKVE , Kereta Hilang Kawalan Dan Terbabas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker