1 kematian, 14 kes baru Covid-19

Satu kematian dan 14 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini yang membabitkan 9 kes penularan tempatan serta 5 kes import.

Satu kematian itu datang daripada kluster Tawar, iaitu kematian ke-2 kluster ini. FMT

“KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baru telah dikenalpasti hasil saringan terhadap tahanan baru di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah.

“Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos 2020. Daripada jumlah ini, tujuh kes dikesan positif Covid-19; dan 43 individu adalah negatif,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham kes positif Covid-19 kluster lokap ini melibatkan enam Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan seorang warganegara Malaysia.

“Kesemua kes positif ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu,” jelas beliau lagi. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker