Sokongan Dr. Mahathir membawa rebah – Syed Husin

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim yang menyebelahi Barisan Nasional (BN) membukti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat sokongan Melayu dan bukan Melayu, kata bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali.

Malah menurut beliau, sokongan yang diberikan kepada Dr. Mahathir menerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ternyata membawa kepada kejatuhan.

Justeru Syed Husin berkata, sudah tiba masanya untuk bekas Perdana Menteri itu mengundurkan diri daripada arena politik.

“Tun Dr M baik sedar diri dan berundur. Dia takde (tidak ada) sokongan Melayu, apatah lagi bukan Melayu. Sokongan dia membawa rebah,” katanya menerusi akaun Twitter.

Semalam, BN menang besar dalam pertandingan tiga penjuru pada PRK Slim.

Calon BN Mohd Zaidi Aziz smenang selesa dengan majoriti 10,945 undi apabila memperoleh 13,060 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya dari bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili dengan Pejuang dan S. Santharasekaran, 44.

Menurut Syed Husin, beliau telah menjangkakan kekalahan yang bakal menyebelahi Amir Khusyairi.

“Lima hari lalu aku tweet kalau calon Tun Dr M dapat lebih saparuh daripada calon UMNO bertuahlah dan kalau tak hilang deposit nasiblah. Rupanya betul juga ramalanku,” ujar veteran PKR itu. -MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker